KLFM - Rentak Interaktif Anda
Radio Malaysia Ibukota (RMIK) ditubuhkan pada 5 Nov 1973. Tujuan penubuhannya ialah untuk menyesuaikan dengan penubuhan Kuala Lumpur sebagai Wilayah Persekutuan yang mengandungi lebih kurang 2 juta penduduk terdiri dari berbagai bangsa dan agama, corak kehidupan dan pekerjaan.
RMIK beroperasi setiap hari menerusi gelombang sederhana 800 khz dari pukul 6.30 – 9 pagi dan kemudian dari jam 4 hingga 6 petang. Waktu siaran ketika itu seolah- olah ditujukan kepada pemandu kenderaan, penumpang bas dan kenderaan awam yang minta dihiburkan kerana menghadapi kesesakan lalulintas. Atas sokongan dan minat orang ramai waktu siarannya telah dilanjutkan selama 9 jam bermula 6– 9 pagi dan 1– 7 malam
No comments:
Post a Comment